Followers

Pages

Tuesday, September 24, 2013

Taufan melanda, payung tiada guna

KESAN TAUFAN: Seorang lelaki tidak sempat mengelak terkena pukulan pecahan ombak di kawasan pantai bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang, Sabtu lalu, akibat taufan Usagi. - Foto REUTERS
BEIJING: Taufan Usagi mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang setelah ia melanda kawasan selatan China.
Ia juga menyebabkan sistem pengangkutan rantau itu huru-hara dan puluhan ribu penumpang syarikat penerbangan terkandas di Hongkong semalam.

Media rasmi China, agensi berita Xinhua dan CCTV, tidak mengatakan bagaimana mangsa maut tetapi semua kematian berlaku di Guandong.
Di Hongkong, sekolah dan perniagaan ditutup, sedang kegiatan di hab kewangan yang sering sibuk itu semakin perlahan setelah taufan Usagi membawa hujan lebat dengan angin sekuat 165 kilometer sejam malam kelmarin.
Pelabuhan Hongkong, salah satu pelabuhan paling sibuk dunia, juga ditutup dan hampir 450 penerbangan dibatalkan atau tertunda sedang syarikat penerbangan Cathay Pacific dan syarikat penerbangan lain mengambil langkah berjaga-jaga.
Pakar meteorologi mengatakan taufan Usagi merupakan ribut paling kuat tahun ini. Ia tiba di Guandong, wilayah ke timur laut Hongkong, malam kelmarin dan menyebabkan Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap tinggi.
Perkhidmatan kereta api laju dari bandar Guangzhou ke Beijing turut digantung dan agensi Xinhua melaporkan angin kencang akibat taufan itu cukup kuat di daerah Shanwei sehingga mampu menerbangkan kereta dari jalan raya.
Sebelum ini, taufan Usagi telah mengorbankan dua orang di Filipina dan menyebabkan kejadian tanah runtuh serta bekalan elektrik terputus di selatan Taiwan sedang ia bergerak melalui Selat Luzon hujung minggu lalu.
Rancangan penerbangan puluhan ribu orang tergendala apabila perkhidmatan feri dan kereta api turut terganggu.
Pihak berkuasa Hongkong, yang mahir dalam persiapan menghadapi taufan, berkata 13 orang cedera sementara lebih 60 pokok tumbang.- AFP.

No comments: