Followers

Pages

Monday, June 17, 2013

Hassan Rowhani atasi pendirian pelampau



Para penyokong PresidenHasan Rowhani, berhimpun di Teheran
SOKONGAN PADU: Para penyokong Presiden baru Iran, Encik Hasan Rowhani, berhimpun di Teheran bagi meraihkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden kelmarin. - Foto AP

TEHRAN: Ulama berhaluan sederhana, Encik Hassan Rowhani, yang diumumkan sebagai Presiden baru Iran menyifatkan pencapaiannya satu kemenangan mengatasi pendirian pelampau.


Encik Rowhani, 64 tahun, mantan perunding nuklear yang mempunyai hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa, memperolehi 50.68 peratus undi.
Beliau menggantikan Encik Mahmoud Ahmadinejad, yang telah berkhidmat selama dua penggal, dan disifatkan sebagai pemimpin konservatif yang berpendirian tegar.
Datuk Bandar Teheran, Encik Mohammad Baqer Qalibaf, pula berada di kedudukan kedua dengan 15.6 peratus.
Ini diikuti dengan perunding nuklear, Encik Saeed Jalili, yang memperolehi 11.4 peratus sementara mantan penga- wal komander, Encik Mohsen Rezai, berjaya mengumpul undi sebanyak 11.3 pe- ratus.
Encik Rowhani dalam kenyataan pertamanya lewat kelmarin selepas disahkan sebagai pemenang menggesa kuasa besar dunia untuk menghormati rakyat Iran dan mengiktirafkan hak mereka.
"Ini merupakan kemenangan bagi kebijaksaan, kesederhanaan dan kemajuan... yang mengatasi pendirian pe lampau," kata Encik Rowhani.
"Satu peluang baru kini terbuka menyusuli kemenangan epik ini dan negara-negara yang memperjuangkan demokrasi dan dialog terbuka harus berunding dengan rakyat Iran dengan rasa hormat dan mengiktiraf hak republik Islam ini," tambah Encik Rowhani.
Mengulas kemenangan Encik Rowhani, Amerika Syarikat pula berkata ia bersedia untuk berundingan dengan Iran secara langsung berkaitan program nuklearnya. Rundingan serupa itu bertujuan mencapai "huraian diplomatik yang akan menangani sepenuhnya keprihatinan masyarakat antarabangsa berkaitan program nuklear Iran," kata Rumah Putih.
Turut mengucapkan tahniah kepada Encik Rowhani ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon , yang menggesa Iran memainkan "peranan membina" dalam ehwal antarabangsa.
Turut mengucapkan tahniah kepada Encik Rowhani ialah Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon , yang menggesa Iran memainkan "peranan membina" dalam ehwal antarabangsa. Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Cik Catherine Ashton , dalam satu kenyataannya pula berkata, beliau ber iltizam untuk bekerjasama dengan Encik Rowhani bagi mencapai "huraian diplomatik segera" berkaitan program nuklear negara itu. - AFP, AP, Reuters.

No comments: