Followers

Pages

Friday, March 15, 2013

Kardinal Argentina Pope pertama bukan dari Eropah


Kardinal Jorge Mario Bergoglio dari Argentina kelmarin sebagai Pope Gereja Katolik
VATICAN CITY: Pemilihan Kardinal Jorge Mario Bergoglio dari Argentina kelmarin sebagai Pope Gereja Katolik telah memecahkan tradisi berkurun lama seorang kardinal dari Eropah bagi jawatan itu.
Beliau merupakan pemimpin Gereja Katolik pertama dari Amerika Selatan dan bukan berketurunan Eropah dalam tempoh 1,300 tahun.

Beliau juga merupakan Pope pertama yang memilih menggunakan nama Paus Francis, sempena Santo Francis dari Assisi, santo kurun ke-12 yang menolak kemewahan untuk menjalani kehidupan miskin
Pemilihan Kardinal Bergoglio sebagai Pope itu memberi harapan bahawa Gereja Katolik, yang kini dibelenggu komplot dan skandal, akan lebih terbuka dan menuju era baru dengan rendah hati.
Pemilihan beliau pada hari kedua persidangan sulit para kardinal merupakan satu kejutan dengan ramai pengamat Vatican menjangkakan perbincangan diadakan lebih lama dan tiada siapa meramalkan bahawa Kardinal Bergoglio yang berusia 76 tahun serta berhaluan konservatif akan dipilih.
Beliau kelihatan sama terkejut seperti orang lain dan teragak-agak seketika di beranda gereja St. Peter Basilica sebelum keluar sambil disambut laungan "Hidup Pope!".
Pope Francis meminta orang ramai yang berkumpul mendoakan beliau sebelum beliau menyampaikan doanya yang pertama sebagai Pope kepada pendahulunya, Pope Benedict XVI.
Pope Benedict meletak jawatan sebagai Pope secara tidak disangka bulan lalu, setelah mengatakan bahawa beliau terlalu uzur untuk menangani pelbagai masalah yang melanda pertubuhan terbesar dunia itu, yang mempunyai sekitar 1.2 bilion pengikut. - Reuters, AP.

No comments: