Followers

Pages

Sunday, March 17, 2013

3 korban pesawat terhempas


FORT LAUDERDALE Florida pesawat jenis Piper Navajo
FORT LAUDERDALE (Florida): Sebuah pesawat kecil terhempas di tempat meletak kereta dekat lapangan terbang South Florida petang kelmarin, membunuh tiga orang yang berada dalam pesawat itu dan menyebabkan lebih 10 kenderaan terbakar.
Ketua jabatan bomba, Encik John San Angelo, berkata pesawat jenis Piper Navajo, sebuah pesawat kecil dua enjin, mula mengalami kerosakan enjin sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Eksekutif Fort Lauderdale sekitar 4.30 petang kelmarin.

Pesawat tersebut cuba berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan tetapi tidak sempat tiba di lapangan terbang itu, kata Encik San Angelo.
Ia dipercayai melanggar sebatang pokok dan merempuh pagar, sebelum terhempas di tempat meletak kereta sebuah kawasan perindustrian yang sibuk.
Nama mangsa kejadian tidak segera diketahui.
"Ia kelihatan seperti tempat pembuangan sampah yang terbakar," kata Encik Matt Little, jurucakap jabatan bomba Fort Lauderdale. - AP.

No comments: