Followers

Pages

Wednesday, April 1, 2009

Mallika Sherawat jadi duta Playboy?

AKTRES Bollywood Mallika Sherawat dilaporkan telah dilamar oleh jenama popular antarabangsa Playboy, untuk menjadi duta produk minyak wangi keluaran jenama tersebut.

Difahamkan, Mallika dipilih sempena pelancaran minyak wangi itu di India pada pertengahan April ini.

Namun begitu, perkara tersebut hanya merupakan khabar angin. Mallika masih belum disahkan sama ada akan dilantik sebagai jurucakap atau pun hanya dijemput merasmikan majlis pelancaran itu.

Aktres yang terkenal dengan imej seksi ini mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila ditawarkan membintangi filem The Myth bersama Jackie Chan.

Namun, dua buah filem terbarunya iaitu Ugly Aur Pagli dan Maan Gaye Mughal-e-Azam gagal mendapat sambutan memberangsangkan.

Lantaran itu, tawaran Playboy itu dilihat berkemungkinan mampu menaikkan semula nama Mallika.

No comments: