Followers

Pages

Sunday, May 26, 2013

Bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari

pramugari airasia
Seorang penulis pojok akhbar Mingguan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah menyarankan agar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia lebih menumpukan kepada usaha untuk menyediakan pakaian sopan kepada pramugari wanitanya dan bukan menyerang akhbar milik Umno itu.



Tee dalam tulisannya hari ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani yang menyata ras meluatnya ke atas pendirian pengarang Utusan.

Tee menasihatkan Azran agar “jangan menjadi terlalul liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu”.

“Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam.

“Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu,” katanya dalam tulisan tersebut.

Tee juga berkata beliau “muak” dengan layanan AirAsia ke atas pengerusi kumpulan Virgin Richard Branson dalam satu majlis.

Branson dalam majlis yang didakwa berakhir dengan acara “mandi arak” itu berpakaian seperti pramugari perempuan.

“Pramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-taya saya ke mana hala tuju anak Melayu yang bekerja di sini.

No comments: