Followers

Pages

Saturday, April 7, 2012

SKANDAL NATIONAL FEEDLOT CORPORATION



KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa National Feedlot Corporation (NFC), yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, cuba melupuskan aset yang dimilikinya sedangkan ia sepatutnya dibekukan.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Encik Rafizi Ramli, NFC sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd pada harga RM3 juta ($1.23 juta).


Menurutnya, penjualan aset itu menandakan NFC sekarang sedang gulung tikar dan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang tunai daripada aset-aset mereka.

Encik Rafizi berkata antara hartanah yang sedang dilupuskan NFC ialah yang beralamat di B-00-22, Plaza Damas 3, No 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Hartanah itu merupakan tingkat bawah, kedai pejabat tiga tingkat yang bernilai RM1.5 juta.

Hartanah kedua, iaitu tingkat 1 kedai pejabat tiga tingkat bernilai RM759,000, beralamat di B-01-22 Plaza Damas 3, No 63 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Hartanah ketiga pula merupakan tingkat 2 bangunan tiga tingkat bernilai RM741,000 di B-02-22 Plaza Damas No 63, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan urusniaga RM3 juta itu disahkan Insun Development manakala peguam yang bertindak bagi pihak pembeli ialah Heng & Co, yang berpejabat di Bangsar Park, Kuala Lumpur.

'Harga pasaran bagi ketiga-tiga hartanah ini berjumlah RM4 juta tetapi pelupusan ini mendapat diskaun sebanyak 25 peratus. Saya membidas sekeras- kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membenarkan urusniaga ini, terutama apabila pelupusan dibuat pada harga yang lebih rendah.

'Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 juta bagi mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak,' katanya.

Beliau menambah jika penjualan aset itu boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ia bermakna perkara sama boleh berlaku 

No comments: