Thursday, December 29, 2011
Upacara persemadian Kim Jong-Il bermula
PYONGYANG: Upacara pengebumian pemimpin Korea Utara, mendiang Kim Jong-Il, bermula di Pyongyang semalam.
Fasa pertama upacara itu bermula 10 pagi waktu tempatan di Istana Peringatan Kumsusan, tempat mayat mendiang diletak dalam keranda kaca.
Ia diteruskan dengan perarakan mayat mendiang melalui jalan raya. Ratusan ribu warga Korea Utara di tepi jalan sepanjang 40 kilometer dilaporkan meraung kesedihan dalam cuaca dingin bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, yang kemudian akan disemadi di istana peringatan itu.
Delegasi asing tidak diundang ke upacara tersebut.
Encik Jong-Il meninggal dunia akibat serangan jantung 17 Disember lalu pada usia 69 tahun.
Mendiang diganti oleh anaknya, Encik Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an.
'Rakyat mengucapkan selamat tinggal kepada bapa Jeneral dengan penuh rasa sedih,' kata tajuk berita akhbar parti pemerintah, Rodong Sinmun, semalam.
Menurut laporan itu, berjuta-juta askar dan rakyat 'cekal untuk menjadi senjata dan bom bagi melindungi komrad yang disayangi Kim Jong-Un bagi membolehkan beliau merealisasikan niat dan impiannya'.
Turut mengiringi Encik JongUn di sisi keranda ayahnya ialah bapa saudaranya, Encik Jang Song-Thaek; pegawai kanan parti, Encik Kim Ki-Nam dan Encik Choe Thae-Bok; ketua tentera, Encik Ri Yong-Ho; Menteri Angkatan Tentera, Encik Kim Yong-Chun; dan Encik Kim Jong-Gak, yang bertanggungjawab bagi pentadbiran tentera.
Para pengamat berkata mereka yang mengiringi Encik Jong-Un memberi sekilas gambaran tentang siapa bakal mempunyai pengaruh ke atas pemimpin baru Korea Utara itu.
'Upacara pengebumian ini memberi kita gambaran tentang siapa akan berdiri di sebelah Encik Kim Jong-Un bagi melindunginya,' kata Encik Kim Yong-Hyun, pengamat dari Universiti Dongguk di Seoul.
Menurut beliau, Encik Kim Ki-Nam dan Encik Choe Thae- Bok pemimpin simbolik yang mewakili parti pemerintah.
'Empat individu lain, termasuk Encik Jang, dijangka memainkan peranan penting dalam pemerintah baru di bawah Jong-Un. Mereka memainkan peranan sebagai pelindung dan penaja Jong-Un bagi mengukuhkan lagi rejimnya,' tambah Encik Yong-Hyun.
Tempoh berkabung di Korea Utara akan tamat secara rasmi hari ini dengan satu upacara memperingati mendiang Encik Jung-Il di serata negara.
Kereta api, kapal dan kenderaan lain akan membunyikan semboyan mereka. -- AFP, AP, Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogs List 1
Pemimpin Pakatan
-
-
-
-
-
-
Leaking pipe in Petaling Jaya5 years ago
-
Perutusan Hari Raya Aidilfitri6 years ago
-
-
No comments:
Post a Comment